3.9.09

BESTFRIEND or GIRLFRIEND?

Adalah seorang kawan aku ni ada girlfriend. Nak senang dijadikan cerita girlfren kawan aku ni aku nama kan A je lah. Kawan aku ni jenis pemalu, so bila dia nak keluar date dengan awek dia je dia akan mengajak aku untuk turut serta. Walaupun pada mulanya aku malas aku paksa juga kaki aku ni melangkah untuk join dengan diorang.
Tetapi, ada sesuatu yang aku tersangat bengang dengan kawan aku ni, dia melayan awek dia ni taknak je tau. So, nak tanak aku terpaksa melayan si A ni dengan rasa serba salah. So, dipendekkan cerita setiap kali kawan aku ni keluar dia akan ajak aku punya. So, selalulah aku akan berjumpa dengan si A ni. Dan tanpa pengetahuan kawan aku ni, aku dengan si A ni selalu main msg atas nama kawan sahaja.
Namun pada suatu malam, si A ni msg aku bahawa dia dah busan dengan kawan aku ni. Aku pun terkedu lah jugak kan kejap. Aku tanya kenapa? Dia kata sebab bila keluar date je aku yang aku selalu layan dia bukan boyfren dia ni and ba bi bu wateva. Then dgn nada gurau aku tanya ' habis tu suka siapa? i ka?'
lalu dgn pantas dia reply 'yes!'. Aw shit man, aku dah tak tau nak buat apa. So aku dengan cool ckp 'i pun suka kat u tapi u gf kwn i, so u jgn dia sbb i cuma anggp u mcm kwn je bla bla bla' Walaupun tak boleh dinafi yang aku juga rasa bahawa aku pun suka dia, tapi nak buat mcm mana? Aku kena berkorban lah kan demi kawan aku. Aku taknak jadi BACKSTABBER doe.
Panjang sebenarnya cerita dia tapi aku rasa sampai sini je yang aku boleh kongsi dgn korang. HEHE. Nanti ada masa aku cerita lagi. Bye

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home